
KUALA LUMPUR, 18 DIS 25 — Kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Seri Johari Ghani mengatakan kementerian itu akan meneliti dan merunding semula perjanjian antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump jelas menunjukkan garis merah telah dilanggar.
Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid mendakwa, kenyataan itu menunjukkan terdapat ketidakadilan di pihak Malaysia berbanding AS.
“Sejak awal lagi jelas Perjanjian Anwar Trump ini berat sebelah tidak adil dan gadai kedaulatan negara. Ia bantutkan hak Malaysia dalam kedaulatan ekonomi. Ia bawa kepada penjajahan alaf baru,” katanya, dalam satu kenyataan.
Johari semalam dilapor berkata perjanjian itu tidak boleh dihentikan sebaliknya hanya boleh dirunding semula.
Rafique berkata, perkara itu sudah dibangkitkan banyak pihak termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad namun pemimpin dalam kerajaan sebelum ini menafikannya.
“Mereka hak negara terjamin, hak bumiputera terjamin, negara masih merdeka, boleh sahaja Malaysia berbincang dengan Amerika Syarikat,” kata Rafique.
Rafique menegaskan, sekiranya perjanjian Anwar-Trump itu jelas berat sebelah, Malaysia harus berani untuk membatalkannya.
“Perjanjian Anwar-Trump mesti ditolak bulat-bulat. Setiap perjanjian yang tidak adil serta bakal rosak negara mesti dibatalkan.
” Ya akan ada kesan. Tapi kita negara yang mampu berniaga dengan lain-lain negara, malah kita mempunyai banyak bahan mentah keluaran hasil bumi dan tenaga kerja samada mahir atau am yang menjadikan Malaysia mampu beri tawaran pada sesiapa sahaja selain Amerika Syarikat,” tegasnya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.