Keputusan Iktiraf UEC Tidak Boleh Dibuat Melalui Politik – Zambry

PUTRAJAYA, 12 DIS 25 — Kerajaan menegaskan sebarang cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak boleh diputuskan atas tekanan politik, sebaliknya mesti berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Kerajaan Madani kekal bertegas bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu adalah prinsip asas negara yang tidak boleh dikompromi.

Menurut beliau, selaras penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, semua aliran pendidikan termasuk sekolah Cina, Tamil, Arab, Inggeris dan antarabangsa wajib memastikan penguasaan Bahasa Melayu tanpa pengecualian.

“Bahasa Melayu adalah teras pembentukan jati diri, perpaduan dan aspirasi nasional, dan prinsip ini terpakai kepada semua aliran pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry menegaskan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan terus memacu hala tuju pendidikan tinggi yang inklusif dan berdaya saing, namun berakar kukuh pada nilai kenegaraan.

“Penguasaan Bahasa Melayu sebagai bahasa teras, bahasa ilmu dan bahasa teknologi akan terus diperkasakan,” katanya.

Dalam masa sama, usaha itu akan digerakkan seiring pemantapan Bahasa Inggeris serta bahasa lain termasuk Mandarin, Tamil, Arab dan bahasa suku kaum.

Katanya, pendekatan tersebut bertujuan melahirkan graduan yang berdaya saing di peringkat global tanpa menghakis identiti kebangsaan.

“Kita mahu graduan yang bukan sahaja fasih berbahasa, tetapi berakar kepada nilai dan kepentingan negara,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Belanjawan 2026 Lulus Peringkat Dasar

RUU yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Okt itu diluluskan menerusi undi belah bahagian yang menyaksikan 120 anggota Parlimen bersetuju, 67 tidak bersetuju dan 35 tidak hadir.
Read More
Total
0
Share