
KUALA LUMPUR | 11 Mac 26 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Nur Syazwani Noh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Penerangan Srikandi BERSATU, berkuatkuasa serta merta.
Peletakan jawatan tersebut dibuat sejurus selepas tindakan disiplin dan penggantungan ke atas pemimpin Srikandi, Mas Ermieyati Samsudin.
Keputusan Nur Syazwani itu dipercayai diambil selepas menilai keadaan politik semasa dan keperluan untuk menumpukan perhatian kepada tanggungjawab sebagai wakil rakyat. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.