Ketua Penerangan Bersatu Nafi Laporan Pulihkan Ahli Dipecat

KUALA LUMPUR, 7 NOV 25 — Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, menafikan laporan media yang mendakwa Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti baru-baru ini membincangkan peluang untuk mengembalikan semula ahli yang digantung atau dipecat.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menegaskan laporan bertajuk “Bersatu beri peluang pemimpin dipecat, digantung kembali” yang diterbitkan pada 6 November lalu tidak benar dan mengelirukan, kerana isu berkenaan tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat MPT yang berlangsung pada 4 November.

“Laporan yang memetik kenyataan ‘sumber dalaman’ parti bahawa perkara ini ada dibincangkan dalam Mesyuarat MPT adalah tidak benar dan mengelirukan,” tegasnya.

Tun Faisal menjelaskan, sebarang urusan membabitkan ahli yang digantung atau dipecat hanya boleh dibuat melalui proses rasmi parti seperti termaktub dalam Fasal 22.6 Perlembagaan Bersatu, iaitu dengan mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Lembaga Rayuan akan mempertimbangkan dan memutuskan kedudukan rayuan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Exco Armada Kecewa PAT Bersatu Jadi Pentas ‘Bodek Presiden’

Meor yang juga Exco Armada Bersatu Malaysia turut mengimbas usul utama dalam tiga PAT berturut-turut yang disifatkan berulang tanpa membawa hala tuju baharu di mana pada PAT 2023 mendesak Muhyiddin kekal sebagai Presiden. Manakala PAT 2024 mengangkat jawatannya sebagai Presiden Pengasas, dan pada PAT 2025 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
Read More
Total
0
Share