Khairy: Hamzah Figura Penting Satukan Formula Kerjasama BN-PN di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR | 6 Ogos 26 — Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyifatkan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai figura penting di sebalik pembentukan formula kerjasama antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Wawasan Negara bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Menurut Khairy, Hamzah memainkan peranan sebagai orang tengah yang membantu menyatukan parti-parti terbabit sehingga mencapai persefahaman politik.

“Saya kena sebut bahawa figura yang sangat penting dalam konfigurasi BN-PN ini tidak lain dan tidak bukan ialah Datuk Seri Hamzah.

“Saya nampak beliau antara individu yang telah menjadi orang tengah, operator untuk memastikan tiga parti ini mendapat satu formula bagi Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan perkembangan politik semasa dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan baru-baru ini.

Khairy turut menyebut bahawa konfigurasi tersebut melibatkan UMNO, PAS dan Parti Wawasan Negara yang menurutnya melengkapkan kerjasama politik berkenaan menjelang PRN Negeri Sembilan.!@politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share