
KUALA LUMPUR | 19 Jan 26 – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menegaskan bahawa sebarang rundingan atau kerjasama rentas parti dengan UMNO hanya akan diiktiraf jika dilakukan melalui saluran rasmi parti dan melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua pihak.
Dalam satu kenyataan, Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan bahawa BERSATU telah membuka rundingan penyatuan Melayu dengan UMNO adalah tidak tepat kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, dan tiada mana-mana pimpinan diberikan mandat rasmi untuk berunding.
Bagaimanapun beliau berkata bahawa, BERSATU bersedia mendengar cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, selepas mendapatkan maklumat dan input yang lebih jelas mengenai cadangan penyatuan Melayu tersebut.
“Saya ingin mengambil sikap terbuka dalam hal ini. BERSATU akan menimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO setelah mendapat input yang lebih jelas mengenainya. Ujarnya.
Dalam sidang media Sabtu lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan berlaku pertemuan dengan pemimpin Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berhubung penyatuan orang Melayu menerusi kolaborasi agung.
Menurut Zahid, perjumpaan yang disifatkan secara tidak langsung itu turut melibatkan beberapa parti politik Melayu lain. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.