Telur Naik 3 Sen Sebiji Jika Kos Pengeluaran Kekal, Kata Penternak

Foto : Utusan

KUALA LUMPUR, 8 MEI 25 – Harga telur ayam dijangka meningkat sehingga 3 sen sebiji sekiranya kos pengeluaran kekal pada kadar 38 sen sebiji, selepas subsidi ditamatkan sepenuhnya oleh kerajaan bermula 1 Ogos depan.

Timbalan Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) Lee Yoon Yeau berkata, lebih 100 pengusaha ladang ternakan di seluruh negara yang mengeluarkan antara 33 hingga 35 juta telur sehari terpaksa berbuat demikian setelah kehilangan kadar subsidi lima sen sebiji yang dinikmati bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini.

“Harga kawalan telur sekarang lebih rendah daripada kita punya kos pengeluaran antara 38 hingga 42 sen untuk semua gred tapi sekarang kita masih okay kerana mendapat subsidi 5 sen sebiji daripada kerajaan.

“Tapi kalau kos pengeluaran ini masih kekal sehingga 1 Ogos, pihak industi terpaksa naikkan harga 2 sen hingga 3 sen sebiji atau mungkin juga lebih murah jika pada masa itu kos kita semakin rendah bergantung kepada harga dunia dedak kacang soya dan jagung yang diimport sepenuhnya,” katanya, seperti dilaporkan MalaysiaGazzette.

Lee bagaimanapun berkata, harga telur bagaimanapun boleh turun kepada 32 sen atau 33 sen sebiji pada 1 Ogos sekiranya kos pengeluaran berada pada paras 30 sen sebiji.

Harga pasaran telur kini ditetapkan pada 42 sen (Gred A), 40 sen (Gred B) dan 38 sen (Gred C) sebiji.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memutuskan untuk menamatkan sepenuhnya pemberian subsidi telur ayam bermula 1 Ogos ini manakala kadar subsidi akan dikurangkan daripada RM0.10 kepada RM0.05 sebiji berkuat kuasa 1 Mei.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu sebelum ini menganggap isu kenaikan harga telur selepas subsidi ditamatkan bermula 1 Ogos sebagai ramalan.

“Itu ramalan. Kita lihatlah perkembangannya. Dulu bila harga ayam diapungkan, ramai jangka harga akan naik, tetapi sebaliknya berlaku. Kita harap kali ini pun sama,” katanya. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Avocado Anwar, Quinoa Najib’

"Bukan salmon dan avokado sahaja seperti yang Menteri Kewangan sebut. Malaysia import daging, cili, halia, kubis, mangga, kelapa, dan banyak lagi. Pisang emas, rambutan, mangga pun kenacukai," kata Amira
Read More
Total
0
Share