
KUALA LUMPUR, 12 DIS 25 — Tun Dr Mahathir Mohamad tidak keberatan mengundang pimpinan dan tokoh utama negara termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, untuk hadir ke Konvensyen Perkara 153 bagi memberi penjelasan terbuka mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS.
Negarawan itu berkata pihaknya sedia menerima kehadiran sesiapa sahaja termasuk Umno, NGO dan individu, kerana isu tersebut “terlalu kritikal untuk disembunyikan”.
“Kalau perdana menteri nak datang pun boleh. Kalau Tengku Zafrul yang terlibat dalam ART nak jelaskan, kami sedia terima,” katanya di Yayasan Kepimpinan Perdana, baru-baru ini. @politiko
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.