KPM Gugur Syarat 30% Ekuiti Bumiputera Bagi Syarikat Kendali IPS

PUTRAJAYA | 22 Sep 26 – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak lagi menetapkan pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera sebagai syarat bagi syarikat sendirian berhad yang mengoperasikan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) di bawah kementerian itu.

KPM dalam kenyataan pada Isnin, memaklumkan keputusan tersebut dipersetujui selepas sesi perbincangan dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurut KPM, penyelarasan itu dibuat bagi memenuhi keperluan semasa sektor pendidikan serta memastikan ruang penyertaan dalam pendidikan kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan pendidikan negara.

KPM turut mengambil maklum pandangan yang dibangkitkan berhubung syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi IPS tertentu yang dimiliki melalui syarikat sendirian berhad.

Syarat tersebut sebelum ini dinyatakan dalam Buku Pernyataan Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

“KPM menghargai sumbangan semua pengusaha IPS dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia,” menurut kenyataan itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Ahli Parlimen Bersatu Hantar LOD Kepada PM

Dalam sidang medianya, Rosol mendakwa bahawa beberapa soalan penting berhubung perjanjian tersebut tidak dijawab secara menyeluruh dalam sesi Dewan Rakyat, dan beliau mempunyai tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk memastikan ketelusan tindakan kerajaan.
Read More
Total
0
Share