Lagi Kesalahan Papar Jalur Gemilang

KUALA LUMPUR, 24 Apr 25 – Kementerian Pendidikan (KPM) memohon maaf atas kesilapan mempamerkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan, hari ini.

Dalam satu kenyataan media, KPM berkata, kecuaian sedemikian tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang melambangkan keagungan dan kedaulatan negara.

“Tindakan segera dan tegas telah diambil terhadap semua terlibat, dan siasatan terperinci sedang dijalankan. Laporan analisis bercetak telah diminta untuk dikembalikan, dan pembetulan segera sedang dibuat,” katanya.

Laporan berkenaan mengandungi gambar pelajar di dalam kelas dengan Jalur Gemilang tergantung di dinding yang memaparkan dua bintang, bukan satu.

Malah, bendera tersebut juga hanya mempunyai lapan jalur merah dan putih berselang-seli, bukan 14 seperti yang sepatutnya.

Akhbar Sin Chew Daily sebelum ini dikecam selepas menerbitkan ilustrasi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit di muka depannya ketika lawatan Presiden China Di Jinping ke Malaysia.

Penerbitan itu kemudian membuat permohonan maaf atas alasan “kesilapan teknikal” dan melakukan pembetulan segera. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

KP Baharu Mahu SPRM Jadi Institusi Lebih Bebas

Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abd Halim Aman menegaskan komitmennya untuk memastikan SPRM bergerak sebagai institusi yang lebih bebas, tegas dan berwibawa dalam memerangi rasuah tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu terlibat.
Read More
Total
0
Share