Tanah Kg Sg Baru Bukan Rizab Melayu, Kata Persatuan Penduduk

KUALA LUMPUR, 22 Sep 25 — Wakil penduduk Kampung Sungai Baru menjelaskan tanah di kawasan itu bukan berstatus Tanah Rizab Melayu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Harta Kampung Sungai Baru Sanita Yunus menjelaskan, terdapat pemilik yang bukan Melayu turut memiliki hartanah di kawasan tersebut.

Ia juga dibuktikan melalui perjanjian jual beli antara pemilik rumah dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sejak 1971.

“Kami ingin menegaskan Kampung Sungai Baru adalah tanah pusaka sejak generasi terdahulu dan usaha untuk memajukan kawasan ini digerakkan oleh penduduk sendiri dengan kerjasama pemaju yang dipilih secara telus.

“Tanah kami bukan Tanah Rizab Melayu dan ia terbukti melalui perjanjian jual beli dengan PKNS sejak 1971 dengan pajakan selama tempoh 99 tahun,” katanya.

Turut hadir adalah 50 penduduk yang bersetuju dengan projek pembangunan di kawasan tersebut.

Beberapa pihak sebelum ini mendakwa tanah di Kampung Sungai Baru berstatus Tanah Rizab Melayu atau Malay Agricultural Settlement (MAS).

Sanita juga menafikan dakwaan pemaju projek berkenaan berasal dari Singapura, sebaliknya menjelaskan pemilik syarikat adalah berasal dari Klang, Selangor. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share