Lagi Ketua-Ketua Bahagian BERSATU Desak Segerakan Peralihan Kuasa

JOHOR BAHRU | 28 Jan 26 – Kemelut dalaman BERSATU semakin memuncak apabila 14 ketua bahagain BERSATU Johor secara terbuka  menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin menetapkan garis masa transisi kepimpinan yang jelas dan teratur.

Ketua Bahagian BERSATU Pontian, Datuk Isa Ab Hamid berkata, langkah itu penting bagi memastikan kepimpinan parti kekal telus dan berintegriti, sekali gus meredakan kemelut dalaman yang semakin meruncing susulan tuduhan terhadap kepimpinan tertinggi serta tindakan pemecatan beberapa Ahli Parlimen BERSATU.

Isa turut memberi amaran bahawa budaya parti yang menolak teguran dan memilih pemecatan hanya akan memburukkan imej BERSATU dan Perikatan Nasional (PN) di mata rakyat.

Dengan Pilihan Raya Negeri Johor semakin hampir, beliau menegaskan kegagalan menangani isu ini dengan segera berisiko melemahkan kedudukan BERSATU dan PN, sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang yang berkesan di negeri tersebut. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share