
SEREMBAN | 18 Julai 26 – Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Perikatan Nasional (PN) kini menjadi sebuah gabungan yang “toksik”, selain mengaitkan kekalahan BERSATU pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan penolakan pengundi terhadap PAS.
Berucap pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon-Calon BERSATU bagi PRN Negeri Sembilan 2026, Muhyiddin mendakwa ramai melihat PN telah lari daripada asas perjuangannya.
“Ramai orang kata Perikatan Nasional sudah jadi toksik dan sudah lari daripada asas perjuangannya yang sebenarnya,” katanya.
Menurut beliau, sentimen terhadap PAS turut memberi kesan kepada BERSATU apabila kedua-dua parti bertanding di bawah logo PN ketika PRN Johor.
“Saya percaya sebagai orang Johor, orang Johor tak marah kita, tak marah bersatu.
“But when we go on contest under perikatan nasional punya logo, marah tak marah dia bukan kenal. Pasal dalam kertas tu bukan ada warna merah, warna kita. Sama je. Jadi bila dia tak suka PAS, macam dia tak suka kita, jadi dia tak ada pilihan.
“Akhirnya kita dapat kosong. PAS pun kosong,” katanya.
Sehubungan itu, Muhyiddin berpendapat bahawa langkah menggunakan logo sendiri adalah tindakan bijaksana.
“Sebab itu kita mengambil langkah yang saya fikir bijaksana untuk bertanding (PRN Negeri Sembilan) atas nama Bersatu. Ujarnya.
Untuk rekod, pada PRN Johor minggu lalu, BERSATU kalah disemua 16 kerusi yang ditandingi, malah calon-calonnya hilang wang pertaruhan. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.