Laporan Tragedi Putra Heights : PAS Selangor Tak Puas Hati

KUALA LUMPUR, 4 Jul 25 – PAS Selangor tidak berpuas hati apabila tiada pihak dikenalpasti bertanggungjawab dalam laporan rasmi insiden letupan paip gas di Putra Heights pada 1 April lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ab Halim Tamuri berkata laporan itu juga menimbulkan lebih banyak persoalan, berikutan gagal menamakan pemaju dan kontraktor yang terlibat, sebaliknya kesalahan ditujukan kepada tanah serta paip sebagai punca kejadian.

“Apakah ini gambaran sebenar tahap keprihatihan dan ketelusan kerajaan negeri Selangor dalam menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat?

“Tiada pemaju dinamakan, tiada kontraktor didakwa, dan akhirnya tanah serta paip yang dipersalahkan, elemen yang tidak mampu mempertahankan diri.

“Insiden ini bukan hanya mencerminkan kegagalan struktur infrastruktur, tetapi juga membongkar kelemahan dalam tadbir urus, ketelusan dan integriti pentadbiran kerajaan Selangor,” katanya pada sidang media di Puchong, baru-baru ini.

Adun Paya Jaras itu turut mempersoalkan jawapan umum diberikan hanya menyebut ‘faktor antropogenik’.

Katanya, laporan itu juga tidak menjelaskan bagaimana kerja tanah boleh berlaku dalam kawasan right of way (ROW) paip tersebut.

“Lebih mengejutkan kerja korekan tanah itu dijalankan oleh kontraktor yang kini sedang dikenakan tindakan tatatertib oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“Ini menimbulkan persoalan besar berhubung pemantauan dan ketelusan yang diberikan kepada kontraktor tersebut,” katanya dalam satu rakaman video oleh SK Studio.

Pihaknya turut menuntut jawapan pihak yang memberikan kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja korekan di kawasan berisiko tinggi.

Selain itu, persoalan juga timbul berkenaan tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pemaju dan kontraktor terlibat.

Awal minggu ini, hasil siasatan Polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mendapati tiada unsur sabotaj, perbuatan khianat atau kecuaian dikenal pasti sebagai punca kejadian letupan paip gas bawah tanah milik Petronas di Putra Heights, Subang Jaya, pada 1 April lalu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share