Leka Kegemilangan Lalu, Lupa Dengan Tawaran Baru – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 19 Sep 25 — Sesetengah pemimpin leka dengan kegemilangan masa lampau sehingga terlupa keperluan semasa dan masa hadapan, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Bekas menteri luar itu berkata, rakyat mengharapkan tawaran baharu dan segar daripada pemimpin.

“Ada pihak leka hidup dalam kegemilangan masa lalu. Tetapi rakyat mengharapkan tawaran baru dan segar.

“Dengan menangani kekeliruan-kekeliruan ini, maka, teruskanlah menegakkan budaya politik matang, iaitu politik ilmu, politik hikmah dan politik bakti, ” katanya, dalam kenyataan.

Malah, Saifuddin berkata, ada sebahagian pemimpin enggan melepas jawatan walaupun timbul gesaan tersebut terhadapnya atas alasan enggan organisasi berpecah.

“Ia berpecah sekiranya wujud dua kumpulan yang sama kuat. Tetapi, kalau jelas cuma ada satu pihak yang kuat, contohnya, yang dipilih tanpa bertanding, maka, andaian berpecah itu tersasar.

“Ada pemimpin marah apabila ada pihak memintanya melepaskan jawatan. Dahulu, beliau pernah meminta ketuanya melepaskan jawatan,” katanya lagi.

Selain itu katanya, ada juga segelintir  pihak menyatakan apa-apa suara dari bawah perlulah diangkat mengikut saluran tertentu.

“Ini kenyataan yang lazimnya dibuat oleh pihak autokrasi bagi menekan suara dari bawah,” tambah Saifuddin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share