Notis LD Kepada Ketua-Ketua Bahagian Perak, Peyingkiran Dijangka Berterusan

KUALA LUMPUR | 10 Jan 26 – Beberapa orang ketua bahagian Parti BERSATU di negeri Perak menerima notis panggilan Lembaga Disiplin parti ekoran sidang media yang menggesa Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan beliau.

Sumber memberitahu, notis Lembaga Disiplin (LD) tersebut disampaikan melalui aplikasi WhatsApp kepada beberapa pemimpin akar umbi termasuk Ketua Bahagian Teluk Intan, Padang Rengas, Gopeng, Tapah, Larut dan Pasir Salak, serta Ketua Srikandi Tambun.

Notis itu ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Dato Mohammed Radzi Manan.

Perkara itu timbul selepas 14 ketua bahagian Bersatu Perak secara terbuka mendesak Muhyiddin untuk berundur daripada Presiden parti, dengan alasan bahawa perubahan kepimpinan diperlukan susulan kemelut dalaman parti dan keputusan buruk dalam Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 yang lalu.

Langkah Lembaga Disiplin ini dilihat mencerminkan ketegangan berterusan dalam BERSATU, di mana kumpulan pro-pembaharuan dan golongan penyokong status quo kini bertembung secara terbuka.

Panggilan lembaga disiplin ini dikatakan salah satu gerakan pembersihan dalaman untuk menyingkirkan kumpulan pro-pembaharuan. Usaha ini dilihat boleh mengukuhkan lagi pedudukan Muhyiddin sekalipun berdepan dengan perpecahan besar dalam BERSATU.

Notis LD ini akan menjadi detik penting sama ada ketua-ketua bahagian ini berjaya mempertahankan hak mereka untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, atau pihak disiplin akan mengambil tindakan keras berupa pemecatan keahlian. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Selangor Perlu URA, kata MB

"Saya percaya URA ini diperlukan oleh mana-mana pentadbir dan pemerintah kerana kalau tidak, kita akan membiarkan kawasan itu terus susah tanpa dibangunkan semula," katanya
Read More
Total
0
Share