
KUALA LUMPUR, 18 Okt 25 – Peguam Rafique Rashid mengkritik keputusan kerajaan lockdown Kuala Lumpur sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Dalam kenyataan di facebook, Rafique menyamakan keputusan itu dengan “biskut” – ada sekejap, hilang sekejap – menandakan dasar yang tidak konsisten dan menyusahkan rakyat.
“Tahun 1998, Sukan Komanwel — Ratu England hadir, ratusan pemimpin dunia datang, tiada lockdown. Tahun 2019, Sidang Kemuncak KL dengan Erdogan, Rouhani, Sheikh Tamim… pun tiada lockdown,” katanya.
Rafique menyindir kerajaan kerana gagal mengurus trafik dan menekan rakyat hanya untuk meraikan tetamu VIP.
“Putrajaya dah cukup lengkap, dekat dengan lapangan terbang, ada hotel mewah. Gunakanlah. Jangan ganggu rakyat di KL.”
Nada beliau semakin tajam apabila menutup kenyataan dengan cabaran terus kepada pihak berkuasa:
“Kalau trafik pun tak boleh jaga, elok berundur!”, tegas Rafique.
Pusat bandaraya Kuala Lumpur akan ditutup sepenuhnya sepanjang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Oktober ini.
Antara pemimpin dunia yang akan hadir ialah Presiden Amerika, Donald Trump serta beberap pemimpin lain. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.