Mahathir: PRN Johor Bukti Melayu Kuat Bila Bersatu, Pesan Jangan Tekan Kaum Lain

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai bukti bahawa orang Melayu mampu mengembalikan kekuatan politik apabila bersatu, namun mengingatkan penyatuan itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menekan atau menafikan hak kaum lain.

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri itu berkata, walaupun bentuk kerjasama politik yang terjalin ketika ini masih belum jelas dari segi struktur dan ikatannya, ia perlu diterima sebagai satu langkah ke arah memperkukuh kekuatan politik orang Melayu.

“Pilihan Raya Negeri Johor yang baru selesai memperlihat apabila orang Melayu bersatu, kekuatan politik akan kembali kepada kita.

“Walaupun bentuk kerjasama masih samar-samar dari segi bentuk dan ikatan, ia perlu kita terima sebagai satu langkah ke arah keberkesanan untuk memperkukuhkan kekuatan politik orang Melayu,” katanya.

Menurut Dr. Mahathir, penyatuan itu bukan bertujuan mempertahankan kebatilan atau melakukan perkara yang tidak baik, sebaliknya perlu dimanfaatkan untuk mengangkat martabat orang Melayu, agama Islam serta mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau turut menegaskan bahawa kekuatan politik yang diperoleh hasil penyatuan tidak seharusnya digunakan untuk menekan atau menidakkan hak serta kepentingan kaum lain.

“Ia juga bukan mencari kekuatan untuk menekan atau menidakkan hak serta kepentingan kaum lain.

“Apabila orang Melayu bersatu dan mempunyai kekuatan politik, ia memberi keyakinan kepada mereka untuk memperjuangkan kepentingan kaumnya tanpa mempertikai hak-hak kaum lain,” katanya.

Dr. Mahathir berkata, pendekatan sedemikian merupakan asas yang dipegang sejak negara mencapai kemerdekaan dan telah menyumbang kepada kemakmuran bukan sahaja orang Melayu, malah seluruh rakyat berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau menyeru agar orang Melayu terus memperkukuh penyatuan politik kerana hanya melalui kekuatan tersebut kedaulatan dan masa depan negara dapat terus dipertahankan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Pelantikan Ahli JAC Wajar Diteliti – Titah Tuanku Mukhriz

“Beta pernah bertitah tentang keperluan mendesak untuk memperbaharui JAC. Baru semalam, saya dimaklumkan tentang pelantikan dengan ahli baru JAC… Majlis Peguam telah membantah keras pelantikan baru-baru ini. Perlu ada respons yang munasabah terhadap bantahan yang dibangkitkan,” titah baginda.
Read More
Total
0
Share