Mahathir Sebak, Agama Islam Dipersalahkan Atas Kesilapan Penganut

KUALA LUMPUR, 16 JUN 25 – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kesal agama Islam dipandang rendah walaupun kesalahan sebenarnya adalah dilakukan penganutnya.

Sehubungan itu katanya, umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam berlandaskan Al-Quran supaya agama Islam dipandang tinggi.

“Kalau boleh dikatakan kejayaan saya

Ia berasas pegangan cara hidup orang Islam, saya berharap, buku ini dapat sedikit sebanyak, beri pandangan saya berkenaan agama saya.

“Saya tak boleh terima kononnya agama Islam ini tidak baik, saya tak boleh terima, yang tidak baik ialah orang Islam bukan agama Islam,” katanya, dalam nada sebak, dalam video yang dimuat naik portal MalaysiaGazzette.

Beliau sebelum itu melancarkan bukunya berjudul Addeen, di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, baru-baru ini.

Dr Mahathir berkata, agama Islam yang sebenarnya datang daripada Allah SWT kepada Nabi Muhammad seperti yang dicatatkan dalam Al-Quran.

Saya berdoa kita kembali kepada Al-Quran supaya kita dapat pulih semula agama kita dan kita tidak lagi dituduh sebagai pengganas, diherdik ditekan dan dibunuh sewenang-wenangnya seperti yang berlaku sekarang.

“Itulah hasrat saya,” kata Dr Mahathir lagi. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share