
KUALA LUMPUR, 25 Jun 25 – Mahkamah Rayuan di sini, hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta bagi empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Panel tiga hakim itu membuat keputusan sedemikian selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
“Pihak pendakwaan gagal membuktikan bersubahat walaupun dalam kes prima facie.
““Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang. Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah),” kata hakim Datuk Noorin semasa membacakan hujahannya.
Prosiding hari ini dikendalikan oleh peguam bela Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq selaku perayu serta Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.