Lagi Pemimpin BERSATU Tinggalkan Parti

BATU PAHAT | 21 Apr 26 – Selepas Setiausaha Kerja Bahagian BERSATU Negeri Sembilan mengumumkan keluar parti sebelum ini, gelombang peralihan dalam parti itu terus berlarutan apabila seorang lagi pemimpin peringkat bahagian mengambil langkah sama.

Terbaharu, bekas Ketua BERSATU Bahagian Parit Sulong, Datuk Ariss Samsudin mengumumkan meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO menerusi platform “Rumah Bangsa”, sebuah inisiatif yang digerakkan bagi menghimpunkan semula kekuatan politik Melayu.

Memetik laporan malaysian gezette, kemasukan beliau disahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Sulong, Datuk Zulkarnain Kamisan yang menyifatkannya sebagai perkembangan signifikan, khususnya dalam mempengaruhi rangkaian sokongan di peringkat akar umbi.

Ariss bukan nama asing dalam politik Johor. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah di bawah Barisan Nasional sebelum menyertai BERSATU pada 2016 dan kemudiannya memimpin bahagian Parit Sulong.

Perkembangan ini menambah deretan isyarat bahawa BERSATU sedang berdepan hakisan kepimpinan di peringkat bahagian, dan kepimpinan BERSATU ketika ini semakin lemah dan kurang berwibawa dalam mengekalkan keyakinan pengundi di peringkat akar umbi. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

KKM Batal Cadangan Bina Hospital Maran

Cadangan pembinaan Hospital Maran bernilai RM350 juta tidak akan diteruskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk memberi keutamaan kepada pengukuhan fasiliti kesihatan sedia ada di daerah berkenaan.
Read More

Srikandi Dungun Seru Peralihan Kuasa Dalam Bersatu

Ketua Srikandi Bahagian Dungun, Mek Zaharah Husain berkata tindakan tersebut membuktikan semakin ramai pemimpin akar umbi dan wakil rakyat Bersatu mahu melihat satu pembaharuan dalam kepimpinan parti, termasuk memberi ruang kepada Muhyiddin untuk berehat dan menyerahkan tanggungjawab kepada barisan pelapis.
Read More
Total
0
Share