Majlis Peguam Wakili Suara Rakyat, Kerajaan Harus Hormat, Kata Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 14 Jul 25 – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan mendesak kerajaan bertindak segera menyelesaikan isu membabitkan pelantikan hakim dan kebebasan institusi kehakiman.

Katanya, kerajaan wajar menghormati tuntutan lebih 1,000 peguam yang berarak hari ini kerana mereka mewakili suara rakyat yang mahu isu itu diselesaikan.

“Ini tanda Majlis Peguam mewakili suara rakyat mendesak kerajaan segera bertindak selesaikan isu-isu yang boleh menyebabkan kepercayaan kepada institusi kehakiman rosak.

“Kerajaan harus hormati suara lebih 1,000 peguam yang mendesak segera lakukan  penyelesaian isu itu,” kata Wan Saiful.

Wan Saiful bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan turut menyertai perarakan dari Istana Kehakiman menuju ke Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Turut hadir adalah barisan peguam seperti Haniff Khatri Abdulla, Rafique Rashid yang juga Ketua Penerangan Pejuang, Datuk S Ambiga, peguam-peguam dari Lawyers for Liberty (LFL) dan juga bekas menteri Tan Sri Rais Yatim serta YB Mas Ermieyati Samsuddin. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share