“Malaysian Dream” Yang Mengabaikan Realiti Perlembagaan Negara

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) merujuk kepada cadangan yang dibawa oleh Lim Kit Siang berhubung satu gagasan yang dinamakan sebagai “Malaysia Dream”.

PERKASA menegaskan bahawa sebarang gagasan berkaitan masa depan negara tidak boleh dibina atas retorik idealistik semata-mata tanpa mengambil kira asas utama yang telah dipersetujui sejak kemerdekaan, iaitu Perlembagaan Persekutuan. “Impian Malaysia” yang cuba diketengahkan ini dilihat seolah-olah cuba mengaburkan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

Cadangan sebegini bukan sahaja mengundang kekeliruan, malah berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum jika tidak ditangani dengan penuh tanggungjawab.

PERKASA berpandangan bahawa konsep negara tidak boleh dirombak mengikut acuan politik sempit atau kepentingan ideologi tertentu yang bercanggah dengan kontrak sosial yang telah lama dipersetujui.

PERKASA juga ingin menegaskan bahawa perpaduan sebenar tidak lahir daripada slogan atau istilah baharu, tetapi daripada penghormatan terhadap sejarah, identiti, dan asas kenegaraan yang telah terbina sekian lama. Sebarang usaha untuk “menjenamakan semula” Malaysia tanpa berpaksikan realiti ini adalah salah satu tindakan  tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, PERKASA menggesa semua pihak, termasuk tokoh politik veteran seperti Lim Kit Siang, agar lebih berhati-hati dalam mengemukakan cadangan yang menyentuh asas kenegaraan. Negara ini tidak boleh dijadikan medan eksperimen ideologi yang boleh menggugat kestabilan dan keharmonian rakyat.

PERKASA akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Islam, serta hak orang Melayu dan Bumiputera daripada sebarang cubaan yang dilihat cuba mencairkan identiti asal negara.

Azrol Mansor, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA)

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

PRN Johor: BERSATU Masuk PRN Tanpa Agenda, Dua DUN Penentu Nasib

Cabaran BERSATU tidak terhenti di situ. Parti itu juga dilihat memasuki gelanggang tanpa menawarkan manifesto atau agenda besar yang mampu mencipta momentum baharu kepada pengundi. Kempen yang dibawa lebih banyak mengimbau rekod pentadbiran lalu, termasuk pencapaian Azmin Ali ketika menerajui Selangor serta era Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selama 17 bulan.
Read More

PN: Bukan Masa Berbunyi, Masa Membina

Jika PN mahu menjadi pilihan, maka kita mesti kelihatan siap memimpin, bukan sibuk mengira siapa betul dan siapa salah. Perjuangan ini bukan milik satu wajah, satu nama, atau satu kelompok. Ia milik rakyat yang menggantungkan harapan pada kita
Read More
Total
0
Share