MB Baru Angkat Sumpah, Tapi Politik Belum Reda

ARAU, 29 DIS 25 — ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah, 57, telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu di Istana Arau, di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, pada Ahad, menggantikan Mohd Shukri Ramli yang meletak jawatan akhir minggu lalu.

Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri itu memenangi kerusi DUN Kuala Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 dengan majoriti 154 undi. Beliau sebelum ini berkhidmat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis selepas rombakan Exco pada November tahun lalu.  

Reaksi terhadap perkembangan itu mencetuskan tanda-tanya mengenai hubungan antara BERSATU dan PAS dalam gabungan Perikatan Nasional.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari memberi sindiran di laman facebook bahawa hubungan antara parti kini umpama “kawan jadi lawan”, menggambarkan ketegangan yang meningkat selepas pelantikan Abu Bakar.

Bekas Naib Presiden PAS, Mohd Amar Nik Abdullah, turut dilaporkan turut mempersoalkan kemungkinan perpecahan lebih serius antara dua komponen utama PN jika isu itu tidak ditangani secara berhemah.

Pelantikan ini berlaku selepas tiga Adun PAS – Saad Seman (Chuping), Fakhrul Anwar Ismail (Bintong) dan Mohd Ridzuan Hashim (Guar Sanji), di mana keahlian mereka terhenti serta-merta kerana menarik sokongan terhadap Shukri, sekaligus mencetuskan ketidaktentuan politik di negeri itu.

Pemimpin baharu PN di Perlis kini menghadapi cabaran untuk menyatukan semula barisan parti serta mengekalkan kestabilan pentadbiran negeri menjelang pilihan raya akan datang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share