MPT Tak Boleh Ubah Keputusan Lembaga Disiplin, Kata Ketua Penerangan Bersatu

KUALA LUMPUR, 10 NOV 25 – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin parti adalah muktamad dan tidak boleh dibatalkan oleh mana-mana badan lain, termasuk Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Menurut beliau, struktur perlembagaan parti dengan jelas memberikan kuasa penuh kepada Lembaga Disiplin untuk mengendalikan prosiding terhadap mana-mana ahli yang dikenakan tindakan tatatertib  daripada memberi amaran sehinggalah kepada pemecatan.

“Bila kita dikenakan hukuman oleh Lembaga Disiplin, ia adalah bebas dan mempunyai kuasa daripada memberi amaran sampai lah memecat. Kuasanya dimuktamadkan, dan tidak ada dalam perlembagaan mengatakan keputusan itu boleh diubah oleh MPT atau mana-mana pihak,” jelas Tun Faisal dalam podcast PODaBOOM Trick Lama.

Beliau turut menjelaskan bahawa setiap keputusan dibuat selepas proses siasatan dan pembelaan dijalankan dengan teliti, termasuk mengambil kira bukti seperti rakaman, keterangan saksi, serta hujah daripada individu yang dituduh.

“Bila hukuman dijatuhkan, ia berdasarkan kepada bukti-bukti yang diberikan. Prosesnya teratur — ada siasatan, ada pembelaan, dan keputusan itu ditujukan terus kepada individu berkenaan, bukan kepada MPT,” katanya lagi.

Tambahnya, Lembaga Disiplin hanya perlu memaklumkan keputusan kepada MPT untuk rekod, dan bukan bagi tujuan kelulusan atau pengesahan.

Tun Faisal turut menegaskan bahawa sekiranya individu yang dikenakan tindakan tidak berpuas hati, saluran yang betul adalah melalui Lembaga Rayuan, yang juga mempunyai kuasa muktamad.

“Kalau orang yang dihukum itu tidak bersetuju, dia boleh buat rayuan kepada Lembaga Rayuan. Kuasa lembaga itu juga muktamad dan tidak boleh diubah,” jelas beliau. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Hassan Karim Desak SOSMA Dimansuhkan

“Kita berjanji dalam manifesto… apa juga undang-undang drakonian kita akan mansuhkan. Inilah masa. Ada dua tahun lagi kita di dalam Parlimen, kalau kita tidak mansuhkan ini, bermakna kita sama-sama, termasuk saya, gagal melaksanakan reformasi yang sebenarnya.”
Read More
Total
0
Share