Bertelagah: Fuziah Pertahan Umum PH–GRS, Loke Anggap Tindakan ‘Tidak Wajar’

KUALA LUMPUR , 10 DIS 25 — Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mempertahankan keputusannya mengumumkan Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memiliki cukup kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Sabah sebelum keputusan rasmi diumumkan pada 29 Nov lalu.

Fuziah menegaskan pendirian PH tetap konsisten menyokong kepimpinan Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor, dan keputusan pilihan raya “tidak mengubah apa-apa”.

“PH kekal menyokong Hajiji sejak hari pertama. Keputusan PRN tidak mengubah pendirian itu,” katanya dalam pesanan teks, kepada Malaysiakini.

Tindakan Fuziah mengadakan sidang media awal dalam keadaan ketika PH hanya memenangi dua kerusi, kemudian tinggal satu selepas keputusan rasmi  mencetuskan kritikan termasuk daripada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Dalam wawancara bersama saluran The Keywords, Loke berkata DAP tidak dimaklumkan tentang sidang media itu dan menyifatkannya “langkah salah”.

“Dengan satu kerusi, apa asas untuk umum boleh bentuk kerajaan? Pengisytiharan sepatutnya dibuat GRS sebagai parti terbesar,” katanya.

DAP tewas semua lapan kerusi yang ditandingi dalam PRN Sabah 2025. Manakala PH pula hanya menang satu daripada 22 kerusi ditandingi. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share