Muhyiddin Di Nasihat Jangan Sebuk Kejar Kuasa Lagi

KUALA LUMPUR | 20 Jan 26 — Tan Sri Muhyiddin Yassin dinasihatkan supaya tidak terlalu mengejar semula kedudukan dalam Perikatan Nasional (PN), sebaliknya sudah tiba masa untuk memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Aktivis RESET, Syed Hassan Syed Ali berkata, sumbangan Muhyiddin ketika menerajui negara sewaktu pandemik COVID-19 memang tidak boleh dinafikan, namun beliau mempersoalkan sejauh mana pencapaian itu boleh dijadikan ukuran kemampuan membangunkan negara dalam keadaan normal.

Menurut beliau, tindakan kerajaan ketika krisis COVID-19 adalah sesuatu yang akan dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri kerana fokus utama ketika itu ialah menyelamatkan rakyat dan memastikan negara terus bertahan.

“Kalau dia nak claim dia telah buat baik untuk negara masa COVID, masa keadaan negara bermasalah, rakyat berkurung, ekonomi slow, dia terpaksa gunakan apa saja kepakaran yang dia boleh gunakan ketika itu,” katanya ketika dihubungi.

“Benda itu, sesiapa yang jadi Perdana Menteri akan buat benda yang sama. Utamakan rakyat, fikirkan rakyat.”

Syed Hassan berkata, persoalan lebih besar ialah kemampuan seseorang pemimpin membangunkan ekonomi ketika negara tidak berdepan krisis besar.

“Kalau bukan COVID, kalau tidak ada pandemik, apakah dia boleh bangunkan negara sehebat mana? Apakah dia boleh lakukan ekonomi negara boom seperti zaman Tun Dr Mahathir?” katanya.

Beliau turut membandingkan legasi Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menurutnya mempunyai rekod pembangunan negara lebih panjang.

“Kalau nak sebut siapa yang dikenang kerana buat banyak untuk negara, lebih baik kita angkat Tun Mahathir semula. Tun buat lagi banyak untuk negara,” katanya.

Dalam masa sama, Syed Hassan menasihatkan Muhyiddin supaya tidak terlalu berusaha mendapatkan kembali jawatan Pengerusi PN.

“Cukuplah, berehatlah. Dah usia 80,” katanya.

Beliau berpandangan PN kini lebih stabil dengan susunan kepimpinan baharu dan perubahan yang berlaku dalam gabungan itu berpotensi memperkukuhkan kedudukannya menjelang masa depan.

Baru-baru ini, dalam satu sidang medianya, Muhyiddin membangkit peranan beliau dan BERSATU ketika menghadapi krisis Covid-19. Ungkapan tersebut dibuat ketika menggambarkan peranan BERSATU dalam menubuhkan Perikatan Nasional. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share