Muhyiddin Gesa Tangguh Pembangunan Ambalat, Tunggu Keputusan ICJ

KUALA LUMPUR, 2 Jul 25 – Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyddin Yassin menggesa kerjasama antara negara Malaysia Indonesia dalam isu pembangunan sempadan maritim antara kedua-dua negara di Ambalat ditangguhkan sehingga isu tuntutan wilayah tersebut diputuskan secara sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Mengulas isu pengumuman Perdana Menteri berhubung pembangunan bersama diwilayah Ambalat, Muhyiddin berkata ia tidak boleh membenarkan tindakan hari ini menjadi duluan berbahaya untuk masa depan dan implikasi serius jangka panjang terhadap kedaulatan negara.

“Sebarang kerjasama yang melibatkan wilayah pertikaian mesti ditangguhkan sehingga sempadan diputuskan secara sah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atau mana-mana saluran undang-undang yang diiktiraf.

“Kita tidak boleh membenarkan tindakan hari ini menjadi duluan berbahaya untuk masa depan dan implikasi serius jangka panjang terhadap kedaulatan negara. Katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berkata bahawa hak dan maruah negara tidak boleh diperjudikan dan rakyat berhak menuntut penjelasan, jaminan dan keterlibatan penuh dalam sebarang keputusan yang menyentuh kedaulatan negara.

“Dalam konteks ini, apa-apa pengumuman niat untuk pembangunan bersama tanpa kejelasan syarat, tanpa mandat Parlimen dan tanpa jaminan terhadap hak negeri Sabah merupakan langkah cuai yang boleh membawa kesan jangka panjang terhadap tuntutan sah Malaysia.

“Apa-apa tindakan yang melanggar hak dan kedaulatan negara boleh dianggap suatu penderhakaan kepada negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share