Muhyiddin Hilang Kemampuan Memimpin, Desakan Berundur Semakin Keras

KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Krisis dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia memuncak apabila desakan terbuka agar Muhyiddin Yassin berundur sebagai Presiden parti dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) semakin lantang.

Desakan Ahli Parlimen Indera mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang terbaru, mendakwa bahawa Muhyiddin sudah hilang kemampuan memimpin BERSATU dan PN, dengan kelemahan yang merangkumi tiga aspek kritikal: ilmu, kemahiran, dan adab.

Saifuddin menyenaraikan kelemahan Muhyiddin yang merangkmui isu seperti membiarkan kekeliruan-kekeliruan politik berlaku dalam parti, hidup dalam nostalgia kejayaan masa lampau.

“Tiada pandangan sarwa atau visi masa depan. Tiada idea baru bagi menyelesaikan masalah-masalah semasa dan mendepani masa depan, dan tiada kaedah mematangkan demokrasi Malaysia. Katanya.

Puncak kritikan Saifuddin turut menyentuh isu moral kepimpinan, di mana tindakan beliau didakwa termasuk menormalisasikan skandal wanita dan lelaki, serta menggunakan kata kesat di hadapan pengikut parti.

“Apalah ertinya apabila pimpinan tidak bermoral. Contohnya, menggunakan kata-kata kesat dan memaki hamun di hadapan pengikutnya.

“Amatlah mendukacitakan apabila skandal dengan wanita dan lelaki dinormalisasikan seolah-oleh ia perkara kecil atau remeh. Lebih teruk lagi, orang-orang begini diangkat sebagai pemimpin penting parti. Ujarnya.

Konflik terbuka dengan Presiden Abdul Hadi Awang juga dibangkitkan, dengan dakwaan bahawa Muhyiddin menyebarkan maklumat palsu mengenai pemansuhan jawatan Pengerusi PN.

Tambahan pula, pelantikan Azmin Ali sebagai Setiausaha Agung PN dikatakan dibuat tanpa rundingan dengan parti komponen.

Saifuddin yang juga mantan AHli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU juga menegaskan bahawa untuk memastikan Bersatu dan PN kekal stabil menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), Muhyiddin wajar tidak dicalonkan sebagai Perdana Menteri dan mengundur diri secara terhormat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share