Muhyiddin Hilang Legitimasi, 16 MP BERSATU Gesa Segera Berundur

KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Seramai 16 Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Ronald Kiandee, Ketua Whip Dewan Rakyat parti itu, agar Presiden BERSATU, Muhyiddin Yassin, segera meletakkan jawatan.

Dalam satu kenyataan media bersama, mereka menegaskan bahawa walaupun tidak menafikan jasa serta sumbangan Muhyiddin sebelum ini, kepimpinan beliau kini dilihat tidak lagi mampu menyatukan parti dan memimpin BERSATU ke arah kemenangan.

Menurut kenyataan itu, parti memerlukan kepimpinan baharu yang mampu memulihkan keyakinan ahli serta mengembalikan fokus perjuangan kepada agenda rakyat dan negara.

Sehubungan itu, kumpulan Ahli Parlimen berkenaan menyatakan keyakinan bahawa Timbalan Presiden, Hamzah Zainuddin, berupaya memikul tanggungjawab sebagai Pemangku Presiden dengan baik. Mereka percaya Hamzah mampu menyatukan kembali saf kepimpinan parti serta memperkukuh gerak kerja menjelang cabaran politik akan datang.

Kenyataan bersama itu ditandatangani oleh 16 Ahli Parlimen iaitu:

YB Tuan Zikri Hassan (P002 Kangar)

YB Datuk Wira Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail (P006 Kubang Pasu)

YB Tuan Roslan Hashim (P018 Kulim-Bandar Baharu)

YB Dato’ Khlir Mohd Nor (P026 Ketereh)

YB Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz (P027 Tanah Merah)

YB Tuan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (P029 Machang)

YB Dato’ Rosol Wahid (P038 Hulu Terengganu)

YB Datuk Wan Saiful Wan Jan (P042 Tasek Gelugor)

YB Tuan Fathul Huzir Ayob (P054 Gerik)

YB Tuan Azahari Hassan (P061 Padang Rengas)

YB Tuan Nordin Ahmad Ismail (P074 Lumut)

YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah (P082 Indera Mahkota)

YB Dato’ Abdul Khalib Abdullah (P091 Rompin)

YB Tuan Kalam Salan (P092 Sabak Bernam)

YB Datuk Muslimin Yahaya (P093 Sungai Besar)

YB Tuan Hj. Islahuddin Abas (P154 Mersing)

Perkembangan terbaharu ini dilihat Muhyiddin tidak lagi mempunyai pilihan kecuali berundur bagi membolehkan pimpinan baharu mencorakkan hala tuju parti dalam tempoh terdekat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share