Muhyiddin Mahu Cepat, PN Mahu Cermat

Desakan Muhyiddin Yassin agar jawatan Ketua Pembangkang ditukar segera menimbulkan persoalan besar tentang keutamaan sebenar beliau dalam Perikatan Nasional (PN).

Ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi, polemik dalaman mengenai siapa yang harus menduduki kerusi Ketua Pembangkang kelihatan lebih beliau utamakan berbanding tawaran solusi kepada negara.

Lebih menarik, kenyataan itu tampak tidak selari dengan pendirian Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, yang menyatakan tiada keperluan untuk tergesa-gesa membuat pertukaran.

Perbezaan nada ini menjelaskan bahawa Muhyiddin tidak lagi boleh membuat keputusan sendiri sepertimana ketika beliau menjadi Pengerusi PN. Zaman beliau telah berlaku.

Sebaliknya, ketika ini, disiplin musyawarah dalam PN betul-betul dilaksana, bukan ‘bulldoze’ suka-suka macam sebelum ini.

Persoalannya, mengapa perlu tergesa-gesa?

Jawatan Ketua Pembangkang bukan sekadar simbol politik, tetapi institusi penting dalam sistem demokrasi berparlimen. Ia menuntut kestabilan, wibawa dan sokongan padu blok pembangkang. Bukan ikut kehendak satu parti atau segelintir individu.

Jika pertukaran dibuat dalam suasana tidak sepakat, dan tidak tepat, ia hanya akan melemahkan kredibiliti PN di mata rakyat dan memberi gambaran bahawa keutamaan mereka lebih tertumpu kepada percaturan dalaman berbanding peranan semak dan imbang terhadap kerajaan.

Ironinya, Muhyiddin sendiri sebelum ini sering menekankan soal kestabilan dan disiplin parti. Namun kali ini, gesaan terbuka beliau seolah-olah menekan proses konsensus yang sepatutnya menjadi asas dalam menentukan kepimpinan blok.

Dalam politik, persepsi amat penting dan persepsi yang sedang Muhyiddin bentuk ini jelas, beliau mahu semua orang ikut selera dia.

Selepas beberapa siri perkembangan politik mutakhir yang memperlihatkan PN berdepan cabaran dalaman dan luaran, perubahan kepimpinan mungkin cuba dijadikan isyarat “reset”.

Namun tanpa naratif yang jelas, ia mudah ditafsir sebagai reaksi panik, bukan pelan strategik.

Hamzah pula mengambil pendekatan lebih realistik apabila tidak mempersoalkan langkah kepimpinan PN dan Pengerusi PN. Bagi beliau, itu terserah kepada kebijaksanaan pimpinan PN. Beliau hanya terus menjalankan tugasnya sebagai Ketua Pembangkang, selagi mana tiada perubahan.

Rakyat memerhati dengan teliti. Jika PN mahu meyakinkan bahawa mereka adalah alternatif yang stabil dan bersedia memerintah, isu kepimpinan dalaman seharusnya diurus secara tertib dan tidak menurut telunjuk seseorang. Biarlah ia diputuskan secara konsensus tanpa melayan tekanan politik tertentu. @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Dan Hakisan Integriti

Satu perkara lagi yang sangat menjolok mata ialah, Anwar kerap mengkritik golongan mahakaya, sedangkan pada masa yang sama, personaliti politik sepertiFarhash, kini tiba-tiba menjadi Orang Kaya Baru (OKB) dengan masa yang amat singkat.
Read More
Total
0
Share