DUN Negeri Sembilan Dibubarkan Di Tengah Kemelut Perlembagaan Negeri

SEREMBAN | 5 Jun 26 — Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan secara rasmi berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada malam tadi.

Menurut Aminuddin, pembubaran DUN adalah langkah untuk mengembalikan mandat kepada rakyat bagi menentukan hala tuju pentadbiran negeri melalui proses demokrasi.

Keputusan itu sekali gus menamatkan spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi. Notis pembubaran akan dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya bagi membolehkan badan itu menetapkan tarikh penamaan calon serta hari pengundian.

Perkembangan ini membuka gelanggang baharu politik Negeri Sembilan selepas pilihan raya negeri sebelum ini menyaksikan Pakatan Harapan memenangi 17 kerusi, Barisan Nasional 14 kerusi dan Perikatan Nasional 5 kerusi.

Menjelang PRN kali ini, tumpuan kini terarah kepada strategi parti politik, pembahagian kerusi serta kemampuan setiap gabungan menawarkan tawaran baharu kepada pengundi.

Bagi kerajaan negeri pimpinan Aminuddin Harun, pilihan raya ini menjadi medan untuk mendapatkan semula mandat rakyat.

Manakala bagi pembangkang, PRN Negeri Sembilan dilihat sebagai peluang mencabar dominasi kerajaan negeri yang diterajui gabungan PH-BN.

PRN kali ini berlaku ketika mana institusi di Raja Negeri Sembilan berhadapan dengan krisis perlembagaan. Pemerhati berpendapat bahawa kemelut ini boleh mempengaruhi keputusan PRN kali ini. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share