Muhyiddin Tubuh Gabungan Longgar 12 Parti – Fokus Kegagalan Madani

KUALA LUMPUR, 19 Ogos 25 – Gabungan longgar 12 parti pembangkang akan menyasarkan kelemahan dan kegagalan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diperjuangkan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman) serta Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai).

“Kami sepakat di sini – tak ada satu pimpinan parti yang tak setuju – ini satu perkara perlu diberi perhatian dan keutamaan termasuk soal Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) sedang dibentang dan dibahas dilihat tak dapat selesai banyak isu utama oleh kerajaan,” katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin parti-parti tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Muhyiddin berkata gabungan parti-parti iti juga bukan gabungan politik yang berdaftar secara rasmi.

“Kita tak ada tentukan perkara khusus, tapi (sebuah badan yang) apa sahaja kita fikir ada kepentingan bersama yang menyentuh baik soal politik ekonomi, sosial, pendidikan sebagainya dan boleh guna platform untuk bincang bersama dan ambil keputusan bersama.

“Ia bukan satu parti, banyak parti…ini (gabungan) longgar untuk membolehkan kami jemput semua pimpinan parti yang ada.

“Ia tak semestinya dalam PN untuk bincang sesuatu perkara, sebaliknya fokus kami mencari jalan membantu selesaikan masalah mereka (rakyat),” katanya.

Presiden Bersatu itu berkata, nama gabungan itu juga hanya akan dimaklumkan kemudian.

Antara pemimpin kanan pembangkang yang turut hadir bersama Muhyiddin hari ini ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau dan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

ART Satu Perangkap Diplomatik – Kata MP PN

“Ini bukan sekadar isu teknikal. Ini soal maruah dan masa depan dasar Bumiputera. Frasa ‘sovereign interests’ digugurkan dan diganti dengan istilah longgar seperti ‘goodwill’ serta ‘shared commitment’. Itu tanda kita sudah tunduk,” tegas Ahmad Amzad
Read More
Total
0
Share