Nurul Izzah Dilantik Pengerusi Eksekutif Politik SIDEC

KUALA LUMPUR, 4 JUL 25 – Nurul Izzah Anwar, Timbalan Presiden PKR dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Politik Perbadanan Teknologi Informasi dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC).

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Nurul Izzah akan berperanan sebagai penasihat strategik bagi komunikasi antara syarikat dan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.

Pelantikan itu diumumkan pada Majlis Sambutan 10 Tahun SIDEC malam tadi.

“Beliau terlibat aktif dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pembangunan generasi muda, teknologi dan juga kemahiran. Itu, adalah langkah ke depan untuk beliau terlibat bersama-sama dalam membantu dan menyusun pembangunan semikonduktor.

“Beliau juga berada di belakang tabir sebenarnya dalam beberapa pengembangan semi konduktor di Malaysia dalam tempoh setahun yang lepas. Jadi, kita ambil beliau untuk membantu menghubungkan kita dengan kerajaan Persekutuan dan juga jaringan yang dibina selama beberapa tahun lepas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan 10 Tahun SIDEC, malam tadi.

Nurul Izzah sebelum menewaskan penyandang Datuk Seri Rafizi Ramli merebut jawatan timbalan presiden PKR dan menyaksikan Rafizi, yang juga ahli Parlimen Pandan meletak jawatan menteri ekonomi. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share