Orang Kuat Mahathir Persoal Keputusan Bebas Farhash

KUALA LUMPUR, 10 Sep 25 — Aktivis politik Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengkritik keputusan untuk menutup dan menyelesaikan siasatan kes membabitkan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berkaitan penerokaan mineral di Sabah.

“Apakah rakyat Malaysia boleh mempercayai tiada langsung unsur salah laku yang dilakukan oleh Farhash  dari budak ‘haprak’ tapi kini boleh naik mendadak menjadi seorang yang kaya raya.

“Di mana Farhash dapat duit yang begitu banyak secara kadar segera untuk memiliki beberapa kepentingan dalam syarikat-syarikat tertentu dan mendapat kontrak-kontrak besar dari pihak kerajaan?,” soalnya, dalam satu kenyataan.

Khairuddin mendakwa SPRM telah diperalatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan agenda jahat ke arah memberi tekanan terhadap musuh-musuh politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kepimpinan SPRM sekarang adalah yang paling haprak dalam sejarah pentadbiran SPRM di negara kita,” katanya.

Semalam, siasatan membabitkan Datuk Seri Farhash Wafa Salvador berhubung penerokaan mineral di Sabah selesai dan ditutup, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share