Parti Melayu Bukan Parti Kaum, Tapi Kenegaraan, Kata Dr Mahathir

KUALA LUMPUR, 7 MEI 25 – Parti Melayu tidak boleh dianggap sebagai parti berasaskan kaum, sebaliknya ia adalah aspek kenegaraan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, ini kerana Malaysia adalah negara Melayu yang sebelum ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang diasaskan oleh orang Melayu dan dikenali sebagai Tanah Melayu.

“Jika seseorang mengamalkan bahasa dan budaya Melayu, mereka boleh menyertai Umno atau mana-mana parti Melayu. Ia bukan semata-mata soal kaum…ini berkaitan kenegaraan. Ini negara Melayu,” kata bekas perdana menteri dua kali itu memetik wawancaranya bersama FMT.

Negarawan itu berkata, ahli politik sering mengeksploitasi isu perkauman untuk meraih sokongan sekali gus memburukkan perpecahan dalam negara.

Namun, beliau berpendapat parti Melayu tidak harus dilihat sebagai berasaskan kaum, sebaliknya berakar umbi dalam aspek kenegaraan.

“Jika parti politik dibina berasaskan kaum serta mempromosikan bahasa dan budaya masing-masing, kita akan berpecah mengikut garis perkauman.

“Di Indonesia, masyarakat Cina bercakap dalam bahasa Indonesia, bukan bahasa Cina. Namun di Malaysia, meskipun kita sebut diri sebagai rakyat Malaysia, kita tetap memperkenalkan sebagai Cina Malaysia atau India Malaysia,” katanya. @sumber

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share