
KUALA LUMPUR, 6 NOV 25 — Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, menolak pelantikannya sebagai ahli Lembaga Rayuan parti itu kerana dilihat sebagai penyokong kepada Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Katanya, penolakan itu dibuat bagi mengelakkan pihak luar mempertikaikan kredibiliti lembaga berkenaan yang kononnya dituduh berat sebelah.
Menurutnya, banyak pihak menganggap beliau sebagai pendukung Muhyiddin sekaligus membuka kritikan terhadap kredibiliti lembaga berkenaan sekiranya beliau turut berada di dalamnya.
“Saya dianggap penyokong kuat Muhyiddin oleh ramai pihak. Jika saya berada dalam lembaga, neutralitinya mungkin dipersoalkan.
“Seboleh-bolehnya, Ahli Lembaga Rayuan tidak seharusnya terdiri daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kepimpinan.
Jadi, lebih baik saya menolak pelantikan itu,” katanya memetik laporan FMT.
Bekas Ahli Parlimen Alor Gajah itu juga dilaporkan telah memaklumkan keputusan tersebut secara bertulis kepada Muhyiddin.
Bersatu sebelum ini mengumumkan pelantikan bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Harun, sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan.
Selain Redzuan, lembaga rayuan itu turut dianggotai bekas Ahli Parlimen, Zulkifli Noordin dan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, serta Fahimee Ismail. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.