NGO Bantah Cadangan Guan Eng, 10% Peruntukan Untuk Bukan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 25 Mei 25 – NGO Negarawati Tanahair hari ini membantah cadangan Pengerusi DAP Lim Guan Eng yang dibuat pada Mac lalu supaya peruntukan disediakan kepada bukan Bumiputera pada tahun depan dinaikkan kepada 10% daripada keseluruhan peruntukan diagihkan kepada Bumiputera di negara ini.

Pengerusi NGO Negarawati Tanahair Bibi Sunita Sakandari Khan berkata cadangan Guan Eng dilihat sebagai langkah mengkhianati semangat Perlembagaan Persekutuan dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi asas kestabilan sosioekonomi negara.

“Jika cadangan ini diteruskan, ia bukan sahaja melambatkan lagi pencapaian sasaran 30% ekuiti bumiputera, malah berpotensi mencetuskan ketegangan perkauman yang merosakkan perpaduan nasional,” katanya, dalam satu kenyataan.

Katanya, sebarang pengubahsuaian dasar afirmatif bumiputera hanya boleh dibincangkan setelah sasaran 30% dicapai sepenuhnya.  

“Negarawati Tanahair membantah segala bentuk eksploitasi politik, jangan jadikan bumiputera mangsa retorik kaum, cadangan Guan Eng dilihat sebagai cubaan memecahbelahkan perpaduan Melayu dan mengalih perhatian daripada kegagalan kerajaan terdahulu dalam memacu ekuiti Bumiputera.

“Lebih bahaya, naratif ini boleh dijadikan modal politik oleh pihak tertentu untuk membangkitkan sentimen anti-bumiputera dalam kalangan bukan Melayu,” tegasnya.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan mengemukakan cadangan berkenaan ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2024) 2025 di Dewan Rakyat pada 3ac, lalu.

Guan Eng ketika itu mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan 10% daripada jumlah peruntukan kepada kaum Bumiputera dalam belanjawan, diberikan kepada kaum bukan Bumiputera. @politiko.my

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share