PAS Akan sertai Perarakan Mempertahan Kebebasan Kehakiman, Kata Takiyuddin

KUALA LUMPUR, 11 Jul 25 – PAS mengesahkan akan menyertai Perarakan Demi Mempertahankan Kebebasan Kehakiman anjuran Majlis Peguam yang dijadual Isnin depan  di Putrajaya, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Ya PAS akan turut serta, terutama para Peguam PAS,” katanya ringkas melalui Aplikasi WhatsApp, lapor Malaysiakini.

Perarakan itu dijangka bermula di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman dan berakhir di Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Objektif utama perarakan tersebut untuk menyerahkan memorandum penting yang mendesak agar tindakan segera diambil bagi mempertahankan kebebasan institusi kehakiman negara.

Presiden Majlis Peguam Mohamad Ezri Abdul Wahab sebelum ini menegaskan perarakan tersebut bukan bertujuan mempertahankan mana-mana hakim secara individu, sebaliknya untuk menyuarakan kebimbangan yang semakin serius terhadap keadaan institusi kehakiman negara.

Perarakan ini bukan mengenai individu, ia adalah satu pendirian untuk mempertahankan integriti institusi.

“Sebarang percubaan untuk menafsirkannya secara sebaliknya adalah mengelirukan dan menjejaskan pendirian Badan Peguam,” katanya dalam satu kenyataan. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kait Jual Diesel Ke Filipna: SKMM Buka Siasatan

Menurut SKMM dalam satu kenyataan, dakwaan berkenaan tidak mempunyai asas fakta, dan transaksi minyak yang diperkatakan sebenarnya melibatkan urusan perdagangan antarabangsa oleh pihak syarikat, bukan operasi eksport oleh Petronas atau Kerajaan Malaysia.
Read More
Total
0
Share