PAS Beri Bayangan, Sedia Bergilir Jadi Pengerusi PN

KUALA LUMPUR, 8 JUL 25 – PAS memberi bayangan bersetuju jawatan pengerusi Perikatan Nasional (PN) digilirkan antara komponen parti gabungan pembangkang.

Timbalan Presiden Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perlembagaan PN juga menyatakan lantikan pengerusi dibuat secara rundingan antara komponen mereka.

“Pada pandangan saya jawatan Pengerusi PN secara kolektif kini masih boleh diterima dan tiada isu besar dalam perkara ini.

“Dalam perlembagaan PN, Pengerusi dilantik komponen PN melalui perundingan anggota,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Tuan Ibrahim berkata, cadangan untuk penggiliran jawatan pengerusi PN juga tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat sebelum ini.

“Cadangan untuk penggiliran tidak pernah dibincang. Apa yang dipersetujui ialah memperkasakan PN.

“Maka perkara ini perlu diperhalusi dan PAS mengharapkan mesyuarat akan datang membincangkan hal ini, di samping persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah,” katanya. 

Terdahulu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendedahkan beliau pernah menawarkan kepada pimpinan PAS supaya pemimpin parti itu mengambil alih tanggungjawab menerajui PN.

Katanya, perkara itu disuarakan selepas terpilih semula sebagai Presiden BERSATU supaya jawatan terbabit diberikan kepada PAS secara penggiliran, namun perkara itu ditolak pucuk pimpinan parti Islam itu. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share