PAS Ketepi Cadangan Muhyiddin, Karambunai Sokong Hajiji

KUALA LUMPUR, 12 DIS 25 — PAS menyatakan pendirian berbeza daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan adun tunggal pembangkang itu di Sabah akan kekal sebagai pembangkang.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim sebaliknya menegaskan, Adun Karambunai Datuk Dr Aliakbar Gulasan menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor.

“Pendirian parti ialah menyokong penuh kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dan perkara ini dah dimaklumkan kepada presiden (Tan Sri Abdul Hadi Awang).

“Jadi, pendirian kita mendukung dan menyokong pimpinan kerajaan Sabah ketika ini,” katanya, seperti laporan Malaysiakini.

Tuan Ibrahim juga mengesahkan keputusan itu sudah dimaklumkan dalam mesyuarat PN.

Pendirian PAS itu dilihat berbeza dengan kenyataan Muhyiddin semalam yang berkata Aliakbar akan kekal sebagai wakil rakyat pembangkang di DUN Sabah.

“Tidak ada (isu) dan kita pun dah maklumkan dalam mesyuarat PN yang terbaru,” jelas Tuan Ibrahim.

Pendirian untuk menyokong kerajaan negeri itu dibuat selepas PAS mengambil kira hubungan baik antara Aliakbar dan Hajiji sebelum ini, katanya.

“Langkah itu akan memudahkan Aliakbar menjalankan tugas sebagai Adun dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk di kawasan yang diwakilinya”.

Aliakbar adalah satu-satunya daripada 41 calon PN yang menang ketika bertanding di PRN Sabah ke-17 baru-baru ini.

Pesuruhjaya PAS Sabah itu juga salah satu dari 5 calon yang parti Islam berkenaan pertaruhkan untuk bertanding di Sabah.

Calon Bersatu dan Gerakan kalah semua kerusi ketika PRN tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Lagi Ahli MCA Masuk BERSATU

Beliau yakin gelombang sokongan itu akan berterusan dan Ahli Bersekutu akan memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan Bersatu sebagai parti masa depan rakyat Malaysia.
Read More
Total
0
Share