PAS Tegaskan Himpunan Aman Tidak Wajar Dihalang

KUALA LUMPUR | 6 Feb 26 – PAS menegaskan bahawa penganjuran himpunan aman yang bertujuan menjunjung dan menyokong penguatkuasaan undang-undang sedia ada tidak seharusnya ditakuti atau dihalang oleh mana-mana pihak.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, berkata himpunan aman yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, bersifat aman serta berlandaskan undang-undang.

“Himpunan untuk menjunjung penguatkuasaan undang-undang sedia ada sewajarnya tidak perlu ditakuti dan dihalang. Tidak perlu mana-mana pihak rasa takut,” katanya dalam satu kenyataan di facebook.

Ahmad Fadhli turut membezakan himpunan berkenaan dengan perhimpunan lain yang menuntut perkara-perkara yang jelas dilarang oleh Perlembagaan, dengan merujuk kepada contoh tuntutan hak yang bertentangan dengan norma dan undang-undang negara.

“Ia berbeza dengan himpunan menuntut hak yang dilarang di dalam Perlembagaan. Contohnya Himpunan Pro LGBT. Katanya.

Beliau menegaskan bahawa kebebasan berhimpun perlu difahami dalam kerangka undang-undang dan Perlembagaan, serta tidak boleh disamaratakan antara himpunan yang menyokong undang-undang dengan perhimpunan yang membawa tuntutan bercanggah dengan asas perundangan negara.

Himpunan yang dirancang itu dijadualkan berlangsung di kawasan berhampiran kompleks membeli-belah Sogo, Kuala Lumpur, bermula jam 8 malam, Sabtu ini, melibatkan penyertaan kira-kira 141 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bersifat aman serta berlandaskan undang-undang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Kait Jual Diesel Ke Filipna: SKMM Buka Siasatan

Menurut SKMM dalam satu kenyataan, dakwaan berkenaan tidak mempunyai asas fakta, dan transaksi minyak yang diperkatakan sebenarnya melibatkan urusan perdagangan antarabangsa oleh pihak syarikat, bukan operasi eksport oleh Petronas atau Kerajaan Malaysia.
Read More
Total
0
Share