
KUALA LUMPUR | 23 Feb 26 — Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Abdul Hadi Awang, menyambut baik persetujuan parti-parti komponen Perikatan Nasional (PN) terhadap cadangan pelantikan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi baharu gabungan itu.
“Saya menyambut baik kepercayaan yang diberikan oleh semua parti anggota Perikatan Nasional yang bersetuju dengan cadangan saya untuk melantik YAB Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional baharu. Katanya.
Dalam satu kenyataan media, Abdul Hadi berkata kepercayaan yang diberikan oleh semua parti anggota PN mencerminkan kesepakatan dalaman yang kukuh serta iltizam bersama untuk memperkemas kepimpinan gabungan.
Menurut Abdul Hadi, PAS akan terus komited memperkukuhkan PN secara kolektif dan inklusif, dengan menekankan nilai kesederhanaan serta keadilan untuk semua pihak.
Beliau menegaskan bahawa pendekatan tersebut penting bagi memastikan kestabilan politik dan keharmonian negara terus terpelihara, khususnya dalam suasana politik yang mencabar.
Kenyataan itu dilihat sebagai isyarat jelas bahawa PAS mahu memastikan proses peralihan kepimpinan dalam PN berlangsung secara tersusun, sambil mengekalkan kesatuan gabungan sebagai blok politik utama negara. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.