Tanpa Langkah Konkrit, Konvensyen Berisiko Jadi Retorik Sahaja, Kata Presiden Putra

KUALA LUMPUR, 17 DIS 25 — Datuk Seri Ibrahim Ali menyifatkan Konvensyen Melayu 153 yang berlangsung baru-baru ini sebagai satu usaha penting tetapi berisiko menjadi retorik semata-mata tanpa langkah pelaksanaan konkrit yang memberi manfaat sebenar kepada orang Melayu.

Beliau menegaskan bahawa konvensyen tersebut banyak menekankan perpaduan Melayu dan pengukuhan hak Perkara 153, namun masih kurang terjemahan praktikal dalam bentuk dasar atau tindakan politik konkrit.

“Konvensyen ini hanya menunjukkan kebolehan Melayu berhimpun, tetapi keberanian untuk bertindak tetap kurang, kata Ibrahim Ali dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, orang Melayu sebenarnya mempunyai kepakaran dan idea, tetapi masalah utama adalah kekurangan keberanian politik dan pengorbanan.

“Kita boleh bercakap mengenai hak Melayu dan agenda Bumiputera, tetapi tanpa keberanian politik, semua retorik ini tidak membawa perubahan nyata,” tambahnya.

Beliau menekankan perlunya langkah strategik yang lebih konkrit termasuk pemilikan harta, pengukuhan tanah rizab Melayu, agenda bahasa dan pengukuhan politik Bumiputera.

“Jika konvensyen ini tidak diikuti dengan strategi pelaksanaan, ia hanya akan menjadi simbol sementara yang tidak menyelesaikan masalah ekonomi, politik atau sosial orang Melayu,” kata Ibrahim.

Sabtu lalu, Konvensyen Melayu 153 diadakan di Kuala Lumpur yang menghimpunkan pemimpin, aktivis dan cendekiawan Melayu untuk membincangkan masa depan orang Melayu. Turut hadir, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan wakil-wakil parti serta NGO. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share