
KUALA LUMPUR, 6 Jul 25 – Kakitangan Pejabat Perikanan Nasional (PN) mendakwa bukan sahaja diberhentikan tetapi juga tidak menerima gaji sejak dua bulan, lapor Malaysiakini.
Memetik sumber, portal itu melaporkan terdapat masalah pengurusan membelenggu pejabat PN di Solaris Dutamas itu, yang dilaporkan telah ditutup.
“Saya tanya kawan-kawan yang bekerja di pejabat itu, ya, mereka telah diberhentikan kerja dekat dua bulan dan gaji mereka tidak berbayar.
“Yang saya tahu dan saya dengar (puncanya) adalah masalah pengurusan.
“Saya boleh sahkan pemberhentian pekerja di Ibu Pejabat PN sudah berlaku,” katanya.
Pengurusan pejabat PN itu terletak di bawah tanggungjawab Setiausaha Agung Datuk Seri Azmin Ali.
Dalam satu kenyataan, Azmin menjelaskan ibu pejabat gabungan pembangkang itu kini beroperasi dari satu lokasi sementara tidak rasmi menunggu premis baru yang sedang disiapkan.
Dalam satu kenyataan malam tadi, Azmin mengesahkan keputusan untuk tidak memperbaharui perjanjian sewaan pejabat yang tamat pada April telah diluluskan oleh pucuk pimpinan PN. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.