Pejuang Dakwa Video Thailand Tuduh Anwar ‘Musuh Dalam Selimut’ ASEAN

KUALA LUMPUR, 7 Nov 2025 – Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Rafique Rashid, mendakwa terdapat video dari Thailand yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai “musuh dalam selimut” dan tali barut kuasa asing di rantau ASEAN.

Dalam satu hantaran di Facebook, Rafique merujuk kepada rakaman rancangan bual bicara yang menampilkan Jeneral A. Rangsi Kitiyansap, bekas Ketua Radio dan Televisyen Tentera Diraja Thailand, yang mendakwa Anwar menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi ASEAN untuk kepentingan sendiri.

“Rangsi menyifatkan perjanjian damai antara Thailand dan Kemboja telah memberi ruang kepada Amerika Syarikat untuk campur tangan dalam kedaulatan ekonomi Thailand, termasuk urusan tarif perdagangan dan nadir bumi,” katanya.

Menurut Rafique, Rangsi turut menuduh perjanjian tersebut boleh menyebabkan Thailand kehilangan sumber nadir bumi bernilai antara 40 hingga 50 trilion baht, sambil menyifatkan Anwar sebagai “pengkhianat” yang berpihak kepada kuasa luar.

“Trump telah memperoleh boneka yang akan menari ikut rentaknya. ‘Sai suek’, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, pengkhianat. Malaysia dan ASEAN perlu diselamatkan,” kata Rafique.

Video tersebut dikatakan disiarkan di saluran televisyen digital Thailand, One31, pada 3 November lalu dan berdurasi 58 minit. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share