
KUALA LUMPUR, 14 Ju 25 – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menggesa pihak Polis untuk turut menyiasat isi kandungan dokumen yang dibocorkan baru-baru ini.
Ketua Penerangannya, Rafique Rashid berkata, Pejuang menyambut baik usaha Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Mohd Khalid Ismail untuk menyiasat kebocoran dokumen yang didakwa minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), namun mengingatkan agar Polis turut menyiasat individu-individu yang namanya wujud dalam dokumen tersebut.
“Pejuang menyokong usaha KPN berkenaan perkara ini lebih-lebih lagi minit-minit mesyuarat ini adalah sulit dan tertakluk bawah rahsia.
“Pun begitu, tidakkah penting juga untuk meyiasat pelaku yang namanya wujud dalam minit mesyuarat tersebut? Katanya.
Menurut Rafique yang juga seorang peguam, sekiranya dokumen tersebut tulen, isi kandungan minit mesyuarat tersebut jelas ada elemen-elemen salahlaku terkait penama yang dikatakan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
“Ini perlu disiasat.
“Ya, PDRM berhak dan mesti menyiasat mengenai kebocoran maklumat/minit mesyuarat ini. Tetapi pihak berkuasa perlu juga adil dan siasat pelaku yang ada dalam minit mesyuarat tersebut.
“Kita harus belajar dari sejarah. Setiap kali tular atau bocor perkara-perkara sebegini, yang disiasat adalah pihak yang sebarkan , sedangkan pelaku yang dinamakan dalam sebaran seolah suci bersih. Ujarnya.
Dalam kenyataan yang sama, Pejuang menyarakan agar KPN memanggil Hakim terlibat untuk mengesah dakwaan tersebut.
“Pejuang sarankan agar KPN memberi arahan sewajarnya kepada pegawai penyiasat untuk memanggil Hakim Mahkamah Persekutuan berkenaan juga untuk dirakam percakapan, lebih-lebih lagi apabila terdapatnya pengakuan oleh beliau (sekiranya benar), dalam salah satu dakwaan iaitu membelakangkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Katanya menerusi laman facebook. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.