
KUALA LUMPUR, 1 Okt 25 – Pejuang menyeru orang ramai termasuk ahli dan pimpinan parti itu menyertai himpunan aman membantah Akta Pembaharuan Semula Bandar (APSB) yang menurutnya mengancam hak dan kedudukan komuniti dan rakyat.
Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, Pejuang turut memberikan sokongan penuh kepada himpunan anjuran Pemuda PAS tersebut.
“Adalah dimaklumkan Pejuang Tanahair menyokong sepenuhnya penganjuran himpunan aman #Bantah URA sebagai tanda penolakan tegas rakyat terhadap /URA) yang jelas mengancam hak komuniti, kepentingan rakyat marhaen, serta membuka ruang luas kepada penganiayaan oleh pihak berkepentingan,” katanya, dalam satu kenyataan.
Himpunan berkenaan dijadual berlangsung pada Sabtu, 4 Okt depan di sekitar pusat beli belah Sogo, sekitar pukul 2 petang di ibu negara.
“Sehubungan itu, Pejuang Tanahair dengan penuh iltizam menyeru seluruh pimpinan, ahli Pejuang seluruh negara, NGO-NGO, serta rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik untuk hadir beramai-ramai ke lokasi himpunan ini,” tambahnya. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.