Pelantikan Ahli JAC Wajar Diteliti – Titah Tuanku Mukhriz

KUALA LUMPUR, 25 NOV 25 – Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, menyuarakan kebimbangan terhadap pelantikan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh ke ­­Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), sambil menekankan bahawa badan tersebut perlu kekal bebas dan bebas daripada pengaruh eksekutif yang berlebihan.

Memetik laporan FMT, selaras titah baginda yang dipetik oleh media pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Badan Peguam Negeri Sembilan pada 22 Nov lalu, Tuanku Muhriz menegaskan kekhuatiran yang disuarakan oleh ­Majlis Peguam berkaitan pelantikan berkenaan wajar mendapat respons secara telus dan bertanggungjawab.

“Beta pernah bertitah tentang keperluan mendesak untuk memperbaharui JAC. Baru semalam, saya dimaklumkan tentang pelantikan dengan ahli baru JAC… Majlis Peguam telah membantah keras pelantikan baru-baru ini. Perlu ada respons yang munasabah terhadap bantahan yang dibangkitkan,” titah baginda.

Baginda turut menekankan integriti badan kehakiman bergantung bukan hanya kepada hakim tetapi juga kepada peguam yang cekap dan berprinsip sebagai rakan dalam proses keadilan.

“Mereka (hakim) mesti menilai kes di hadapan mereka semata-mata berdasarkan fakta dan undang-undang… Oleh itu, Badan Peguam yang cekap dan berprinsip adalah sama pentingnya,” titah baginda.

Tuanku Muhriz juga menyuarakan keperluan pembaharuan segera dalam mekanisme pelantikan JAC.

“Pembaharuan segera perlu dipertimbangkan untuk memperkukuhkan kebebasan suruhanjaya dan akhirnya badan kehakiman. Terdapat keperluan untuk mekanisme yang pelbagai dan bebas apabila melibatkan pemilihan lima orang utama dalam suruhanjaya,” titah Baginda.

Sebelum ini, Majlis Peguam berkali-kali membangkitkan kerisauan bahawa pelantikan Ahmad Terrirudin ke JAC menyalahi amalan biasa pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan paling kanan.

Pelantikan tersebut berlaku di bawah kuota eksekutif JAC yang memberi kuasa kepada Perdana Menteri melantik seorang hakim Mahkamah Persekutuan dan empat ahli bukan eksekutif atau perkhidmatan awam.

Baginda menegaskan bahawa tanpa proses yang jelas dan bebas, keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman boleh terjejas.

“Badan kehakiman tidak dapat menjalankan fungsinya dengan berkesan tanpa bantuan Badan Peguam. Oleh itu, Badan Peguam yang cekap dan berprinsip adalah sama pentingnya,” tambah baginda. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share