
KUALA LUMPUR, 24 Jul 25 – Tokoh Wartawan, Datuk Kadir Jasin menyifatkan bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu pengakuan bahawa rakyat sedang mengalamai tekanan kos sara hidup yang berpunca dari dasar-dasar kerajaan sendiri.
Menurut beliau, tekanan kos sara hidup ini adalah sebahagiannya disebabkan oleh dasar-dasar kerajaan Madani sendiri seperti peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
“Anwar berharap semua bantuan itu akan menjadi penyuntik kelegaan buat rakyat, terutamanya dalam menangani tekanan kos sara hidup yang semakin mencabar.
“Baguslah. Sekurang-kurangnya beliau mengaku yang rakyat jelata sedang mengalami tekanan kos sara hidup yang sebahagian daripadanya disebabkan oleh dasar-dasar Kerajaan Madani sendiri seperti peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan kenaikan kadarnya daripada enam kepada lapan peratus mulai 1 Julai lalu. Ujar beliau dalam satu hantaran di facebooknya.
Tambah Kadir, dengan memulangkan RM2 bilion kepada rakyat melalui Sara, Kerajaan Madani masih untung kerana hasil kutipan SST dijangka mencecah RM 5 billion.
“Menurut Setiausaha Kementerian Kewangan, Johan Mahmood Merican, peluasan skop dan kenaikan kadar SST dijangka memberikan tambahan hasil RM5 bilion tahun ini dan RM10 bilion tahun depan.
“Natijahnya, kerajaan sekadar memulangkan sebahagian daripada hasil cukai SST yang dipungut daripada kita.
Beliau turut mengingatkan bahawa pemberian kerajaan itu adalah duit rakyat yang membayar cukai.
“Bagi rakyat Malaysia yang layak, ambil dan bersyukurlah kepada Tuhan. Ini rezeki kita daripada duit cukai yang kita bayar. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.